Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

21 Julai 2023 - Penerimaan Rekod Penting Universiti (Fakulti Perakaunan UiTM)

Penerimaan Rekod Penting Universiti (Fail Peribadi Pelajar), Fakulti Perakaunan UiTM

 

Tarikh : 21 Julai 2023 (Jumaat)
Masa  :  4.00 Ptg
Lokasi : Jabatan Arkib Universiti UiTM
 

Jabatan Arkib Universiti Telah Menerima Sebanyak 10 Kotak Mengandungi Fail Peribadi Pelajar Yang Telah Diserahkan Oleh Encik Mohd Fairuz Abdullah Dari Fakulti Perakaunan, UiTM Shah Alam

Jabatan Arkib Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam Bertanggungjawab Bagi Perolehan Rekod Penting Universiti Yang Bernilai Selaras Dengan Dasar Penilaian Dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia Iaitu:
“Memperolehi Rekod Awam Yang Dalam Jagaan Atau Dibawah Kawalan Sesuatu Pejabat Awam, Kepada Jagaan Dan Kawalan Arkib Negara Melalui Proses Pemindahan – Seksyen 28, Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].”
Penyerahan Rekod Penting Universiti Ini Juga Terkandung Di Dalam Dasar Pengurusan Rekod UiTM Yang Telah Berkuat Kuasa Pada 18 November 2020. Dasar Ini Menetapkan Prinsip Dan Teras Pengurusan Rekod Yang Perlu Dipatuhi Dan Dilaksanakan Oleh Setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Universiti Teknologi MARA. Sehubungan Itu, Dasar Pengurusan Rekod UiTM Adalah Terpakai Bagi Semua Pusat Tanggungjawab Di UiTM.

Disertakan Gambar Sekitar Proses Serahan Rekod Tersebut :

 

Related Articles