Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Bengkel Asas Pemuliharaan Bahan Bersama Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)



Pada 16 Ogos 2023, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Bengkel Asas Pemuliharaan Bahan bersama Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) UTeM. Bengkel yang berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang di Unit Arkib PTAR ini dihadiri oleh empat staf Pembantu Pustakawan dari Perpustakaan Laman Hikmah UTeM. Tujuan bengkel ini adalah untuk memberikan pemahaman asas mengenai konsep dan kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan rekod kepada peserta. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib PTAR dalam menyokong pengurusan rekod yang lebih sistematik, khususnya di kalangan organisasi kerajaan. Peserta bengkel berpeluang melawat sekitar Unit Arkib dan Perpustakaan untuk melihat kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan. Objektif utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya pengurusan rekod di organisasi masing-masing, serta memastikan pemeliharaan rekod dilakukan mengikut peraturan yang ditetapkan dalam Bahagian 8 Pekeliling Perkhidmatan Bil.5/07. Penganjuran bengkel ini diharap dapat menyokong usaha untuk memelihara rekod secara efektif di semua institusi, terutamanya dalam sektor awam.

Related Articles