Audit Pensijilan Semula ISO 9001:2015 UiTM bagi Skop Pengurusan Korporat Universiti Awam telah diadakan pada 1 hingga 2 Julai 2025 bertempat di Bilik Sidang, Aras 3, Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam.
Audit ini telah dikendalikan oleh Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) yang melibatkan Pusat Tanggungjawab Dalaman UiTM termasuk Jabatan Perpustakaan.
Alhamdulillah, PTAR turut terlibat secara langsung sebagai auditee berkaitan Dokumen dan Pengurusan Rekod.

