Pada 22 Ogos 2023, Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan Audit Pengurusan Rekod di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Audit yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Kampus Alor Gajah ini bertujuan untuk memastikan pengurusan rekod universiti dilakukan dengan teratur, mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan, serta mematuhi aspek kawalan dan keselamatan rekod. Selain itu, audit ini juga bertujuan untuk menilai perolehan rekod-rekod penting universiti yang bernilai selaras dengan Dasar Penilaian dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia. Aktiviti audit ini diadakan bagi memantau pelaksanaan pengurusan rekod yang sistematik dan selamat mengikut peruntukan Seksyen 7(a) Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629), di samping memastikan rekod universiti diuruskan dengan mematuhi standard yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.