Pada 29 hingga 30 Januari 2024, Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan Bengkel Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) bertempat di Kampus Alor Gajah. Bengkel yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang ini bertujuan untuk memastikan Pusat Tanggungjawab (PTJ) bersedia menghadapi dan menangani kemusnahan rekod akibat sebarang bencana.
Bengkel ini memberikan kefahaman mendalam kepada peserta mengenai kepentingan mematuhi PTBR yang disediakan oleh Arkib Negara Malaysia. Setiap PTJ turut digalakkan membentuk Pasukan Petugas Penyediaan PTBR dengan melantik pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan pelan tersebut. Melalui inisiatif ini, warga UiTM Cawangan Melaka diberikan kesedaran tentang kesan kemusnahan rekod dan cara melindungi rekod universiti untuk jangka panjang. Program ini mencerminkan komitmen Unit Arkib dalam memastikan kelestarian rekod institusi terjamin meskipun berhadapan risiko bencana.
For more information :
Twitter: https://twitter.com/PTARMELAKA
Instagram: http://instagram.com/ptar_
Facebook: http://facebook.com/ptarmelaka
Telegram: https://t.me/ptarmelaka
Youtube: https://www.youtube.com/ptaruitm