JASIN,12 Januari 2025 - Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka telah dijemput untuk memberi Taklimat Pengurusan Rekod dan Format Surat Rasmi Sempena Bengkel Pemantapan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Melaka 2024/2025. Taklimat dimulakan dengan memberi penerangan mengenai Pengenalan Unit Arkib. Fungsi Unit Arkib, Pengurusan Rekod dan Format Surat Rasmi UiTM yang telah disampaikan oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Sesi taklimat ini juga membuat latihan amali dari pembukaan fail sehingga penutupan fail. Selain itu, latihan amali format surat rasmi juga diberikan. Sesi taklimat ini telah dibantu oleh Puan Suzaimy binti Senin, Pembantu Pustakawan Tertinggi dan Encik Kamalrulamir bin Amat, Pembantu Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Taklimat telah berlangsung selama 2 jam dan telah dihadiri seramai 20 orang Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) daripada ketiga-tiga kampus UiTM Cawangan Melaka iaitu, Alor Gajah, Bandaraya dan Jasin.
Semoga taklimat ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib Cawangan Melaka dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Pautan Gambar: Facebook
Pautan Video: Tiktok