Pada 3 November 2022, Unit Arkib PTAR UiTM Cawangan Melaka telah berjaya menganjurkan Taklimat Pengurusan Rekod kepada Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ). Taklimat yang berlangsung pada pukul 2.30 petang ini bertujuan untuk memberikan kefahaman yang mendalam mengenai pengurusan fail dan rekod, serta kepentingannya dalam konteks perundangan negara.
Penceramah, Cik Ilya Nur Fateen Othman, Pustakawan Unit Arkib, telah membimbing peserta mengenai asas pengurusan rekod secara teori, keperluan pengendalian rekod mengikut Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629], dan peruntukan perundangan lain yang relevan. Taklimat ini juga menekankan tentang melaksanakan sistem fail dengan sistematik mengikut piawaian Arkib Negara Malaysia.
Objektif utama kursus ini adalah untuk memastikan PRJ dan PTRJ PTAR UiTM Cawangan Melaka dapat mengaplikasikan proses pengurusan rekod dengan betul dan mengikut panduan yang ditetapkan. Program ini dihadiri oleh semua PRJ dan PTRJ PTAR yang diwajibkan untuk turut serta, sebagai langkah memperkukuhkan pengurusan rekod di UiTM.
Untu maklumat lanjut :
Twitter: https://twitter.com/PTARMELAKA
Instagram: http://instagram.com/ptar_
Facebook: http://facebook.com/ptarmelaka
Telegram: https://t.me/ptarmelaka
Youtube: https://www.youtube.com/ptaruitm