ALOR GAJAH, 12 April 2025 | 13 Syawal 1446H - Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka telah dijemput untuk memberi Taklimat Pengurusan Rekod; Format Surat, Memo dan E-mel Rasmi UiTM sempena Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) Presiden Kelab dan Persatuan UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Taklimat dimulakan dengan memberi penerangan mengenai Pengenalan Pengurusan Rekod dan Format Surat Rasmi UiTM yang telah disampaikan oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Sesi taklimat ini juga membuat latihan amali format surat rasmi bagi mengenal pasti kesalahan format surat rasmi dalam contoh surat yang diberikan. Sesi taklimat ini telah dibantu oleh Puan Suzaimy binti Senin, Pembantu Pustakawan Tertinggi dan Encik Kamalrulamir bin Amat, Pembantu Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.
Taklimat telah berlangsung selama 1 jam dan telah dihadiri seramai 82 orang pelajar yang terdiri daripada presiden kelab dan persatuan. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Seketeriat MPP. Semoga taklimat ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib Cawangan Melaka dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Sebarang pertanyaan mengenai pengurusan rekod universiti boleh hubungi Whatsapp Business Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka: https://wa.me/6065582081
Pautan Gambar: Facebook
Pautan Video: Tiktok