Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Taklimat Pewujudan Rekod Klasifikasi Fail UiTM Shah Alam Tingkat Kefahaman Pengurusan Rekod

Shah Alam, 20 Januari 2025 – Taklimat Pewujud Rekod Klasifikasi Fail UiTM Shah Alam yang diadakan secara atas talian hari ini telah berjaya menarik penyertaan 247 peserta daripada pelbagai pusat tanggungjawab (PTj). Program ini bertujuan memperkukuh pemahaman dan pelaksanaan pengurusan rekod rasmi di UiTM.Taklimat ini disampaikan oleh Puan Azniza Mohamad Nor, seorang pakar dalam bidang pengurusan rekod, dengan Cik Syafika sebagai pembantu. Sepanjang sesi, peserta diberikan pendedahan mengenai kaedah pengwujudan dan penyusunan fail berdasarkan klasifikasi rekod UiTM selaras dengan garis panduan yang ditetapkan. Menurut Puan Azniza, pemahaman yang jelas tentang pewujudan dan pengurusan fail amat penting bagi memastikan rekod disimpan dengan sistematik serta memudahkan rujukan dan audit pada masa hadapan.Impak Taklimat:Peningkatan Kesedaran & Kemahiran – Peserta lebih memahami prosedur pewujudan rekod yang betul.Pengurusan Rekod Lebih Sistematik – PTj dapat menyelaraskan klasifikasi fail mengikut standard UiTM.Pematuhan Terhadap Polisi UiTM – Mengurangkan risiko kehilangan atau kesilapan dalam penyimpanan rekod.Peserta memberikan maklum balas positif, dengan ramai menyatakan bahawa sesi ini membantu meningkatkan kecekapan dalam menguruskan fail dan rekod secara profesional. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan bagi memastikan pengurusan rekod di UiTM terus berkembang dan selari dengan keperluan institusi pendidikan tinggi.

Related Articles

News

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443726
Emel: azniza180@uitm.edu.my