Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Bengkel Pemuliharaan Rekod (Awet & Jilid)

Pada 24 hingga 25 Oktober 2023, 2 orang staf Pembantu Pemuliharaan dari Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah dijemput untuk menyertai Bengkel Pemuliharaan Rekod (Awet & Jilid) yang dianjurkan oleh Arkib Negara Malaysia. Bengkel ini diadakan di Bilik Latihan Memorial Negarawan, Arkib Negara Malaysia, dan berlangsung dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang. Bertempat di Bilik Latihan Memorial Negarawan, Arkib Negara Malaysia.

Bengkel ini telah disertai oleh Encik Jonizam bin Abu Kasim, Pembantu Pemuliharaan Kanan dan Encik Muhamad Asri bin Abu Hashim, Pembantu Pemuliharaan PTAR UiTM Cawangan Melaka. Bengkel ini telah berjalan selama 2 hari bertujuan untuk memberi perhatian kepada penjawat awam akan kepentingan keselamatan rekod – rekod penting Negara. Para peserta akan didedahkan dengan perkara – perkara berkaitan dengan perlunya pemeliharaan rekod di organisasi masing -masing, serta konsep dan kaedah pemuliharaan rekod.

Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk memberi pemahaman kepada peserta bahawa pemeliharaan rekod bermula di organisasi masing-masing, serta memberikan pengetahuan asas tentang konsep dan kaedah pemeliharaan serta pemuliharaan rekod. Selain itu, bengkel ini bertujuan untuk memastikan peserta dapat memelihara dan memulihara rekod-rekod di organisasi mereka sekurang-kurangnya secara minima, selaras dengan Bahagian 8 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/07.

Bengkel selama dua hari ini telah memberikan pendedahan secara teori dan praktikal kepada para peserta melalui pelbagai modul yang meliputi Taklimat Pengenalan Pemuliharaan Rekod, Kaedah Pembaikan Rekod, Baik Pulih Kaedah Salutmati, Baik Pulih Tisu, serta Pengenalan Kaedah Penjilidan. Selain itu, peserta juga diperkenalkan dengan teknik-teknik jahitan seperti Jahitan Kuras Berbilang, Jahitan Tusuk Tepi, dan Kaedah Jilidan Mudah / Lembut. Bengkel ini diakhiri dengan sesi Kemasan Akhir yang memberikan kemahiran penting dalam pemuliharaan dan penjagaan rekod secara berkesan.

Related Articles