Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Bengkel Pengurusan Rekod dan Format Surat Rasmi UiTM

Sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Cawangan Melaka 2024, Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Rekod dan Format Surat Rasmi UiTM pada 11 Jun 2024. Bengkel yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di Dewan Bendahara, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah ini dihadiri oleh Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) UiTM Cawangan Melaka.

Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan tentang asas pengurusan fail dan rekod, keperluan pengendalian rekod berdasarkan Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629], serta peruntukan perundangan lain yang berkaitan. Peserta turut mempelajari kaedah penyediaan surat rasmi mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia dan UiTM, serta cara melaksanakan sistem fail secara sistematik dan mengikut standard pengurusan rekod.

Program ini berjaya mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka, di samping meningkatkan kesedaran warga UiTM tentang kepentingan pengurusan rekod universiti secara profesional dan efisien.

Related Articles