Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Hebahan Bengkel Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah berjaya menganjurkan Bengkel Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya pada 06 hingga 07 Februari 2024 (Selasa - Rabu), bertempat di Bilik Seminar Aras 16, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya.

Objektif audit pengurusan rekod adalah untuk memastikan setiap PTJ membuat persediaan yang rapi bagi menghadapi dan mengatasi masalah kemusnahan rekod sekiranya berlaku sebarang bencana, di samping memastikan PTJ memahami serta mematuhi Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) yang disediakan oleh Arkib Negara Malaysia. Selain itu, setiap PTJ juga perlu membentuk Pasukan Petugas Penyediaan PTBR dengan melantik pegawai dan kakitangan yang akan bertanggungjawab dalam penyediaan dan pelaksanaan pelan tersebut.

Semoga bengkel ini dapat memberi kesedaran kepada warga UiTM Cawangan Melaka berkaitan dengan kesan dan kemusnahan serta kerosakan ke atas rekod dan dapat memberi perlindungan jangka panjang kepada rekod - rekod UiTM.

For more information : 

Related Articles