Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan Bengkel Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin pada 13 hingga 14 Februari 2024 (Selasa - Rabu). Bengkel ini telah berlangsung di Bilik Seminar Aras 2, PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin, bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai persediaan menghadapi bencana rekod dan memastikan pematuhan terhadap Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) yang disediakan oleh Arkib Negara Malaysia.
Objektif audit pengurusan rekod adalah untuk memastikan setiap PTJ membuat persediaan yang mencukupi bagi menghadapi dan mengatasi masalah kemusnahan rekod sekiranya berlaku sebarang bencana, serta memastikan PTJ mengetahui dan mematuhi Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) yang telah disediakan oleh Arkib Negara Malaysia. Selain itu, setiap PTJ juga diwajibkan untuk membentuk Pasukan Petugas Penyediaan PTBR dengan melantik pegawai dan kakitangan yang akan bertanggungjawab dalam penyediaan dan pelaksanaan pelan tindakan tersebut.
Semoga bengkel ini dapat memberi kesedaran kepada warga UiTM Cawangan Melaka berkaitan dengan kesan dan kemusnahan serta kerosakan ke atas rekod dan dapat memberi perlindungan jangka panjang kepada rekod - rekod UiTM.
For more information :
Twitter: https://twitter.com/PTARMELAKA
Instagram: http://instagram.com/ptar_
Facebook: http://facebook.com/ptarmelaka
Telegram: https://t.me/ptarmelaka
Youtube: https://www.youtube.com/ptaruitm