Pada 6 hingga 8 November 2023 (Isnin – Rabu), Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka mengadakan Lawatan Sambil Belajar dan Sesi Taklimat Pengurusan Rekod bersama pelajar Semester 5 Diploma Pengurusan Pejabat dan Teknologi (BA118). Program ini berlangsung pada jam 8.30 pagi di Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka.
Taklimat ini bertujuan memperkenalkan perkhidmatan Unit Arkib UiTM Melaka, memberikan pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan rekod dari peringkat penawanan hingga pelupusan, serta mempelajari jenis-jenis rekod penting universiti dan proses penyimpanan rekod di gedung arkib.
Semoga lawatan ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM terutama PTJ di bahagian pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Melaka.
Like & Follow Us:
Twitter: https://twitter.com/PTARMELAKA
Instagram: http://instagram.com/ptar_
Facebook: http://facebook.com/ptarmelaka
Telegram: https://t.me/ptarmelaka
Youtube: UiTM Cawangan Melaka library