Pada 6 Oktober 2023 (Jumaat), Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka telah dijemput sebagai penceramah bagi Taklimat Pengurusan Fail dan Penyediaan Surat Rasmi sempena Program Kursus Pemantapan Organisasi (KPO) anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan Jawatankuasa Perwakilan Non-Resident. Program ini berlangsung pada jam 2.30 petang di Dewan Syahbandar, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Taklimat ini bertujuan memperkenalkan Perkhidmatan Unit Arkib UiTM Melaka, memberi pendedahan tentang pengurusan rekod dari peringkat penawanan hingga pelupusan, serta membimbing peserta mengenai penyediaan surat rasmi mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia dan UiTM.
Semoga taklimat ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM terutama di bahagian pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Melaka.
Sekian, terima kasih.
WhatsApp Busines Arkib: https://wa.me/6065582081
Like & Follow Us:
Twitter: https://twitter.com/PTARMELAKA
Instagram: http://instagram.com/ptar_
Facebook: http://facebook.com/ptarmelaka
Telegram: https://t.me/ptarmelaka
Youtube: UiTM Cawangan Melaka library