ALOR GAJAH, 05 Mei 2025 - Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Melaka mengalu-alukan kehadiran Pelajar Kolej Vokasional Slim River, Perak ke Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengetahui fungsi dan peranan Unit Arkib Cawangan Melaka dan memperkenalkan perkhidmatan Unit Arkib Cawangan Melaka. Lawatan ini telah dihadiri seramai 23 orang pelajar dan 6 orang pensyarah. Semoga lawatan ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib Cawangan Melaka dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua.
Sebarang pertanyaan mengenai pengurusan rekod universiti boleh hubungi Whatsapp Business Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka: https://wa.me/6065582081
Pautan Gambar: Facebook
Pautan Video: Tiktok