ALOR GAJAH, 6 Mei 2025 - Unit Arkib Cawangan Melaka telah mengadakan sesi libat urus mengenai pelupusan rekod Fakulti Sains Komputer dan Matematik dan Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Penerangan ini bertujuan untuk memberi maklumat asas mengenai proses pelupusan kepada Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Dr. Nurul Huda binti Nik Zulkipli dan Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Akademik, Puan Nabihah binti Mohd Nasib. Selain itu, penerangan mengenai penyerahan bahan harta intelek (tesis dan projek pelajar) juga telah disampaikan kepada Dr. Huda bagi penyerahan tesis dan projek pelajar ke perpustakaan. Penerangan pelupusan dan penyerahan harta intelek ini telah disampaikan oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman dan telah dibantu oleh Puan Noorhafizah binti Azman, Pembantu Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.
Sebarang pertanyaan mengenai pengurusan rekod universiti boleh hubungi Whatsapp Business Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka: https://wa.me/6065582081
Pautan Gambar: Facebook