ALOR GAJAH, 8 Mei 2025 | 10 Zulkaedah 1446H - Unit Arkib Cawangan Melaka telah mengadakan sesi libat urus mengenai penyerahan rekod penting universiti bersama Bahagian Pengurusan Fasiliti, UiTM Cawangan Melaka. Penerangan ini bertujuan untuk memberi maklumat mengenai tanggungjawab pengurus rekod dan lantikan pengurus rekod yang perlu ada di setiap Pusat Tanggungjawab (PTj) iaitu Pegawai Pengelas, Pendaftar Rahsia, Pegawai Rekod Jabatan dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan. Selain itu, penerangan mengenai proses pemindahan rekod penting universiti juga telah disampaikan oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman. Di akhir sesi lawatan tapak telah dijalankan bagi melihat dokumen kontrak yang ada di Bahagian Pengurusan Fasiliti, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Sesi libat urus ini telah dihadiri oleh wakil Bahagian Pengurusan Fasiliti bagi ketiga-tiga kampus iaitu Kampus Alor Gajah, Bandaraya dan Jasin. Turut hadir sesi libat urus ini adalah Encik Norhazlan bin Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan dan staf Unit Arkib Cawangan Melaka.
Sebarang pertanyaan mengenai pengurusan rekod universiti boleh hubungi Whatsapp Business Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka: https://wa.me/6065582081
Pautan Gambar: Facebook
Pautan Video: Tiktok