Libat Urus: Bengkel Sistematik dan Efisien: Transformasi Pengurusan Rekod Jabatan BHEP, UiTM Cawangan Melaka

JASIN, 04 Februari 2025 - Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka telah dijemput untuk memberi taklimat sempena Bengkel Sistematik dan Efisien: Transformasi Pengurusan Rekod Jabatan BHEP, UiTM Cawangan Melaka. Bengkel dimulakan dengan memberi penerangan mengenai Pengenalan dan Perkhidmatan Unit Arkib yang telah disampaikan oleh Encik Norhazlan bin Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan. Sesi seterusnya disampaikan oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah mengenai Pengurusan Rekod, Format Surat Rasmi UiTM dan Pembangunan Klasifikasi Fail. Sesi bengkel ini juga membuat latihan amali dari pembukaan fail sehingga penutupan fail. Selain itu, latihan amali format surat rasmi juga diberikan bagi mengenal pasti kesalahan format surat rasmi dalam contoh surat yang diberikan. Sesi taklimat ini telah dibantu oleh staf Unit Arkib, PTAR UiTM Cawnagan Melaka. Bengkel ini telah dihadiri oleh wakil staf setiap unit dalam Bahagian Hal Ehwal Pelajar daripada ketiga-tiga kampus UiTM Cawangan Melaka iaitu Alor Gajah, Bandaraya dan Jasin.

Semoga bengkel ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib Cawangan Melaka dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Pautan Gambar: Facebook

Pautan Video: Tiktok

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443726
Emel: azniza180@uitm.edu.my