ALOR GAJAH, 06 Mac 2025 - Unit Arkib Cawangan Melaka telah mengadakan sesi konsultansi dan semakan pelupusan rekod kewangan dan perakaunan di Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (BPJI), UiTM Cawangan Melaka. Penerangan ini bertujuan untuk memberi maklumat asas mengenai proses pelupusan kepada staf baharu di BPJI iaitu Puan Mastura binti Abdul Mutalib. Selain itu, semakan rekod pelupusan bagi tujuan laporan bergambar untuk Jabatan Audit Negara Negeri Melaka. Penerangan pelupusan ini telah disampaikan oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman dan telah dibantu oleh Puan Suzaimy binti Senin, Pembantu Pustakawan Tertinggi PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.
Sebarang pertanyaan mengenai pengurusan rekod universiti boleh hubungi Whatsapp Business Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka: https://wa.me/6065582081
Pautan Gambar: Facebook