Libat Urus: Pelupusan Rekod Pentadbiran Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), UiTM Cawangan Melaka

ALOR GAJAH, 25 Februari 2025 - Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka telah dijemput untuk memberi taklimat mengenai Pelupusan Rekod Pentadbiran di Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), UiTM Cawangan Melaka. Taklimat dimulakan dengan memberi penerangan mengenai Pengenalan Unit Arkib dan penerangan mengenai pelupusan rekod pentadbiran yang telah disampaikan oleh cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah dan dibantu oleh staf Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka. Selain itu, Unit Arkib juga telah membuat lawtan tapak ke tempat penyimpanan rekod untuk melihat rekod yang ingin dilupuskan. Taklimat ini telah dihadiri oleh wakil staf Unit Hal Ehwal Islam daripada Kampus Alor Gajah dan Bandaraya.

Semoga taklimat ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib Cawangan Melaka dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sebarang pertanyaan mengenai pengurusan rekod universiti boleh hubungi Whatsapp Business Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka: https://wa.me/6065582081

Pautan Gambar: Facebook

Pautan Video: Tiktok

 

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443726
Emel: azniza180@uitm.edu.my