ALOR GAJAH, 19 Mac 2025 - Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka telah dijemput untuk memberi taklimat mengenai pengurusan rekod universiti bersama Unit Kokurikulum, UiTM Cawangan Melaka. Sesi ini telah dimulakan dengan kata aluan oleh Encik Ahmad Bukhari bin Sulaiman, Ketua Unit Kokurikulum dan Encik Norhazlan bin Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Melaka. Seterusnya, taklimat telah disampaikan oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah dengan memberi penerangan mengenai cara pengurusan rekod bermula dari pendaftaran sehinggalah pelupusan rekod. Proses ini dinamakan sebagai kitaran hayat rekod bagi semua dokumen rasmi UiTM. Seterusnya, Cik Ilya Nur Fateen binti Othman menerangkan mengenai format surat rasmi, memo rasmi dan e-mel rasmi UiTM. Sesi taklimat ini juga menjalankan latihan amali dari pembukaan fail sehingga penutupan fail. Selain itu, lawatan tapak juga dijalankan bagi melihat cara penyimpanan fail di Unit Kokurikulum. Sesi ini telah dibantu oleh staf Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka dan telah dihadiri oleh staf Unit Kokurikulum UiTM Cawangan Melaka daripada kampus iaitu Alor Gajah dan Bandaraya.
Semoga taklimat ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib Cawangan Melaka dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Pautan Gambar: Facebook
Pautan Video: Tiktok