ALOR GAJAH, 18 Mac 2025 - Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka telah dijemput untuk memberi taklimat mengenai pengurusan rekod, format surat rasmi, memo rasmi dan e-mel rasmi UiTM bersama warga PTAR UiTM Cawangan Melaka. Taklimat disampaikan oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah dengan memberi penerangan mengenai cara pengurusan rekod bermula dari pendaftaran sehinggalah pelupusan rekod. Proses ini dinamakan sebagai kitaran hayat rekod bagi semua dokumen rasmi UiTM. Seterusnya, Cik Ilya Nur Fateen binti Othman menerangkan mengenai format surat rasmi, memo rasmi dan e-mel rasmi UiTM. Sesi taklimat ini juga menjalankan latihan amali dari pembukaan fail sehingga penutupan fail. Selain itu, latihan amali format surat rasmi juga diberikan bagi mengenal pasti kesalahan format surat rasmi dalam contoh surat yang diberikan. Sesi taklimat ini telah dibantu oleh staf Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka dan telah dihadiri oleh staf PTAR UiTM Cawangan Melaka daripada ketiga-tiga kampus iaitu Alor Gajah, Bandaraya dan Jasin.
Semoga taklimat ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib Cawangan Melaka dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Pautan Gambar: Facebook
Pautan Video: Tiktok