Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Konsultasi Pengurusan Fail dan Rekod

Konsultasi Pengurusan fail/ rekod

Pada 25 Januari 2024, Unit Arkib Perpustakaan Al Bukhari UiTM Cawangan Pahang membuat Konsultasi Pengurusan fail/ rekod bersama staf baru iaitu Puan Aishah, Pegawai Eksekutif Kolej Tok Gajah. Bertempat di Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang.

Taklimat disampaikan oleh Puan Hajah Rosnita binti Hj. Ja’afar, Timbalan Ketua Pustakawan dan dibantu oleh Puan Suhaina Ibrahim staf Unit Arkib. Fokus utama konsultasi ini adalah untuk pengurusan fail dan rekod yang berkesan serta memberi panduan kaedah pelupusan rekod-rekod yang telah layak untuk dilupuskan.

Related Articles