Unit Arkib telah membuat Konsultasi Pelupusan Rekod/Fail Jabatan kepada Pn. Nurshawani, Pembantu Tadbir di Bahagian Pentadbiran pada 27 Jun 2022. Sesi konsultasi disertai oleh staf Unit Arkib iaitu Pn. Farleen Azrina (Pustakawan Kanan), Pn. Zuraida (Pembantu Pustakawan Tertinggi), En. Muhammad Bukharie (Pembantu Pemuliharaan) dan seorang pelajar praktikal, Cik Ainin Sofiya Ibarahim. Tujuan konsultasi ini adalah untuk memberi penerangan ringkas berkaitan prosedur pelupusan dan Mengenalpasti jenis bahan yang boleh dibuat pelupusan dan bahan yang perlu dipindahkan ke Unit Arkib sebagai rekod penting.