Latihan Sangkut Pelajar Dari Universiti Al- Azhar Ke JAU
Tarikh : 10 Julai Hingga 15 Julai 2024
Masa : 8.00pagi - 5.00ptg
Lokasi : Jabatan Arkib Universiti
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Kompleks Kenanga
Universiti Teknologi MARA
Skop Latihan : (Proses Dan Penjilidan Bahan
Seliaan : Bahagian Pengurusan Arkib JAU
Unit Perkhidmatan Arkib JAU
Jabatan Arkib Universiti(JAU),UiTM Shah Alam telah berbesar hati menerima kehadiran seorang pelajar dar Universiti bagi menjalani sesi latihan sangkut Di JAU pada 9 Julai 2024.
Bagi tujuan tersebut,pelajar ini telah diletakkan dibawah kendalian Bahagian Pengurusan Arkib, Unit Perkhidmatan Arkib JAU.
Fokus utama latihan sangkut kali ini menyasarkan pemberian taklimat dan pendedahan berkaitan proses serta teknik penjilidan yang dilaksanakan di JAU.
Disertakan maklumat ringkas peserta bagi latihan kali Ini :
Nama Pelajar : Muhamad Nur Aiman bin Mohd Zuki
Kursus : Sarjana Muda Usuluddin (Akidah dan Falsafah)
Kaherah
Mesir
Petikan Berkaitan :
"[Latihan Sangkut Pelajar Universiti al-Azhar, Mesir]
9 Julai 2024
3 Muharram 1446H
Catatan yang sedikit panjang hari ini.
Syukur diberi peluang untuk bertemu dengan saudara Muhamad Nur Aiman bin Mohd Zuki, Pelajar jurusan Sarjana Muda Usuluddin (Akidah dan Falsafah) 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐚𝐥-𝐀𝐳𝐡𝐚𝐫, 𝐌𝐞𝐬𝐢𝐫 yang juga merupakan Penyelidik bebas Manuskrip Melayu hari ini. Saudara Aiman memanfaatkan cuti semester beliau untuk menjalani Latihan Sangkut di Jabatan Arkib Universiti untuk mendalami ilmu berkaitan proses dan kaedah penjilidan bahan.
Sesuatu yang menarik perhatian saya apabila saudara Aiman memaklumkan bahawa koleksi naskhah Dr. Syeikh Mohamad Idris bin Abdul Rauf Al-Marbawi yang terdapat di Koleksi Khas Jawi Perpustakaan Tun Abdul Razak merupakan antara naskhah bernilai tinggi dan sukar ditemui.
Untuk makluman, Dr. Syeikh Mohamad Idris bin Abdul Rauf Al-Marbawi merupakan seorang tokoh dalam bidang persuratan terutamanya dalam bidang bahasa Arab, ilmu hadis, tafsir dan fiqah.
Insyaallah kami menyokong hasrat saudara Aiman dengan menyediakan ruang serta pengalaman Latihan Sangkut di Jabatan Arkib Universiti.
Disertakan gambar sekitar sesi taklimat berlangsung :