Pada 4 Julai 2024, Khamis, Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan Lawatan Audit Pengurusan Rekod bersama Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin, yang berlangsung dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Lawatan ini bertujuan untuk memastikan pengurusan rekod universiti diuruskan dengan teratur dan mengikut peraturan serta prosedur yang telah ditetapkan, terutama dalam aspek kawalan dan keselamatan rekod. Selain itu, ia juga melibatkan pelaksanaan kempen perolehan rekod-rekod penting universiti yang bernilai, selaras dengan Dasar Penilaian dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia. Objektif utama audit ini adalah untuk memastikan pengurusan rekod universiti dilakukan secara sistematik dan mengikut peruntukan yang ditetapkan, serta untuk memperolehi rekod-rekod penting yang perlu disimpan dengan betul. Diharapkan lawatan audit ini dapat memperkukuhkan pelaksanaan pengurusan rekod yang cekap dan selamat, selaras dengan Seksyen 7(a) Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629), dalam memastikan rekod universiti dipelihara dan dilindungi dengan baik.