Pada 4 Julai 2024, Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan Lawatan Audit Pengurusan Rekod di Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin bermula pada jam 2.30 petang. Aktiviti ini bertujuan untuk memastikan pengurusan rekod universiti dijalankan dengan teratur dan mengikut peraturan serta prosedur yang telah ditetapkan, terutama dalam aspek kawalan dan keselamatan rekod. Selain itu, lawatan audit ini juga memfokuskan kepada perolehan rekod-rekod penting yang bernilai, sejajar dengan Dasar Penilaian dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia. Objektif utama aktiviti ini adalah untuk memantau pelaksanaan pengurusan rekod yang sistematik dan selamat, serta memastikan semua rekod universiti diurus dengan betul mengikut peruntukan Seksyen 7(a) Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629). Diharapkan melalui lawatan ini, pelaksanaan pengurusan rekod dapat dipertingkatkan, selaras dengan dasar dan undang-undang yang ditetapkan, sekali gus memastikan rekod universiti dapat dipelihara dan dilindungi dengan sebaiknya untuk kegunaan masa depan.
Lawatan Audit Pengurusan Rekod Di Unit Residensi Dan Hospitaliti Pelajar, Uitm Cawangan Melaka Kampus Jasin
Hits: 8