Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Lawatan Audit Pengurusan Rekod Di Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Pada 4 Julai 2024, Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Lawatan Audit Pengurusan Rekod bersama Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin, yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Tujuan utama lawatan audit ini adalah untuk memastikan pengurusan rekod universiti dijalankan dengan teratur, mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan, serta memastikan kawalan dan keselamatan rekod diurus dengan baik. Di samping itu, Unit Arkib turut melaksanakan kempen perolehan rekod-rekod penting universiti yang bernilai, selaras dengan Dasar Penilaian dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia. Objektif audit ini adalah untuk memantau pengurusan rekod yang sistematik dan selamat, serta memastikan rekod universiti diuruskan dengan mengikut peruntukan Seksyen 7(a) Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629). Melalui audit ini, diharapkan aktiviti pengurusan rekod di UiTM dapat dipertingkatkan dengan lebih cekap dan teratur, memastikan rekod penting universiti dipelihara dan dilindungi untuk kegunaan masa depan.

 

Related Articles