ALOR GAJAH, 07 Januari 2025 - Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Melaka mengalu-alukan kehadiran Pelajar Semester 1, Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau.
Objektif utama lawatan ini adalah:
1. Mengetahui fungsi Unit Arkib Cawangan Melaka
2. Memperkenalkan Perkhidmatan Unit Arkib Cawangan Melaka
3. Mengetahui Pengurusan Rekod dan Arkib di Unit Arkib Cawangan Melaka
4. Mengetahui Sistem yang digunakan di Unit Arkib Cawangan Melaka
Semoga taklimat ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib Cawangan Melaka dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Pautan Gambar: Facebook
Pautan Video: Tiktok