Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Lawatan Sambil Belajar (Pengurusan Rekod) Bersama Kolej Kemahiran Johor, Johor Bahru

Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Lawatan Sambil Belajar (Pengurusan Rekod) bersama Kolej Kemahiran Johor, Johor Bahru pada 7 Ogos 2024 (Rabu), bermula pada jam 8.30 pagi di Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka serta memberikan pendedahan kepada peserta mengenai proses pengurusan rekod, dari penawanan hingga pelupusan rekod. Selain itu, lawatan ini juga akan memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari jenis-jenis rekod penting universiti dan prosedur pemprosesannya sehingga disimpan dengan selamat di gedung arkib. Objektif utama aktiviti ini adalah untuk memperkenalkan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong pengurusan rekod yang efektif, serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengurusan rekod universiti dalam kalangan pelajar dan organisasi kerajaan. Diharapkan bengkel ini dapat menjadi platform penting dalam mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dan memberi manfaat dalam memastikan pengurusan rekod di peringkat universiti dijalankan dengan cekap dan teratur.

Related Articles