Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Pameran Perpaduan Dalam Kepelbagaian

Sempena Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Cawangan Melaka 2024, Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka telah menganjurkan Pameran Perpaduan Dalam Kepelbagaian pada 11 Jun 2024. Pameran berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah, dan terbuka kepada semua warga UiTM Cawangan Melaka.

Pameran ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang kepelbagaian budaya di Malaysia, selaras dengan objektif Kementerian Perpaduan Negara. Melalui penerokaan sejarah, warisan, dan kebudayaan pelbagai etnik, ia menggalakkan harmoni serta menghargai kepelbagaian agama dan budaya di negara kita.

Inisiatif ini menjadi platform pendidikan dan interaksi yang memperkukuhkan peranan Arkib Negara Malaysia sebagai penjaga warisan bangsa, di samping memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat UiTM. Dengan sambutan meriah, pameran ini berjaya mengeratkan hubungan antara warga universiti dan menanamkan kesedaran tentang pentingnya perpaduan untuk kesejahteraan masa depan.

Related Articles

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443726
Emel: azniza180@uitm.edu.my