Pada 15 Mac 2024, Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka telah menerima 1 naskhah Dokumen Kontrak Perjanjian yang bernilai arkib daripada Pejabat Bendahari, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya. Penyerahan rekod penting ini adalah selaras dengan Dasar Penilaian dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia yang menggariskan proses pemindahan rekod awam ke Arkib Negara di bawah Seksyen 28, Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629). Selain itu, penyerahan rekod ini juga mengikut Dasar Pengurusan Rekod UiTM yang telah berkuat kuasa pada 18 November 2020. Dasar tersebut menetapkan prinsip dan prosedur pengurusan rekod yang perlu dipatuhi oleh semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Universiti Teknologi MARA. Sebagai agensi yang bertanggungjawab, Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka memastikan bahawa rekod-rekod penting universiti ini dipelihara dengan baik untuk menjamin akses dan rujukan di masa hadapan. Penerimaan dokumen ini juga mencerminkan komitmen UiTM dalam memastikan pengurusan rekod dilakukan secara teratur dan mengikut dasar yang ditetapkan demi kepentingan dan kelestarian pengurusan rekod di universiti.
Penerimaan Rekod Penting Universiti: Dokumen Kontrak Perjanjian Daripada Pejabat Bendahari
Hits: 3