Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Penerimaan Rekod Penting Universiti (Sijil Malaysia Book of Records) Daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

 

13 September 2023, Rabu – Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka telah menerima rekod penting universiti yang bernilai arkib iaitu 1 sijil Malaysia Book of Record yang telah diserahkan oleh Encik Rohaizad bin Othman dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.

Pada 19 Jun 2023, Program Lendu Berselawat 2023 telah menggegarkan Dewan Taming Sari UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, dengan alunan selawat, zikir dan qasidah yang dihadiri oleh 11,386 umat Islam yang dijalankan secara hibrid yang bertujuan untuk menghimpunkan umat Islam, tidak kira usia, ideologi dan latar belakang, dan sekali gus memecah rekod Malaysia Book of Records sebagai program berselawat dengan penyertaan peserta IPTA teramai.

 

Sijil ini akan didaftarkan ke dalam sistem UiTM e-Gallery Repository dan dapat diakses dan dirujuk oleh pengguna UiTM dan peyelidik luar.

Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka bertanggungjawab bagi perolehan rekod penting universiti yang bernilai selaras dengan Dasar Penilaian dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia.

Related Articles