Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Penerimaan Rekod Penting Universiti (Rekod Tatatertib Pelajar) Daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

 

 

Pada 8 September 2023, Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka telah menerima 107 Rekod Tatatertib Pelajar yang bernilai arkib daripada Puan Nor Ashikin binti Samat dan Puan Zuraidah binti Hj Ahmad dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Penyerahan rekod penting ini adalah selaras dengan Dasar Penilaian dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia, yang memperuntukkan proses pemindahan rekod awam yang berada di bawah kawalan pejabat awam kepada Arkib Negara mengikut Seksyen 28, Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629). Selain itu, proses ini turut mengikut Dasar Pengurusan Rekod UiTM yang berkuat kuasa sejak 18 November 2020. Dasar tersebut menetapkan prinsip dan prosedur pengurusan rekod yang perlu dipatuhi oleh setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Universiti Teknologi MARA. Sebagai agensi yang bertanggungjawab, Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka memastikan bahawa rekod-rekod penting ini dikendalikan dengan baik dan disimpan dengan teliti bagi tujuan pemeliharaan nilai arkib universiti, sekali gus memastikan rekod tersebut dapat diakses dan dirujuk pada masa hadapan.

Related Articles

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443726
Emel: azniza180@uitm.edu.my