Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Penerimaan Rekod Penting Universiti (Laporan Tahunan) Daripada Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Pada 4 Oktober 2023, Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka telah menerima tiga fail laporan tahunan (2009-2011) yang bernilai arkib daripada Puan Ainul Basyirah binti Abdul Razak dari Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Penyerahan rekod penting ini adalah selaras dengan Dasar Penilaian dan Perolehan Rekod Awam Arkib Negara Malaysia, yang menetapkan proses pemindahan rekod awam ke Arkib Negara di bawah Seksyen 28, Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629). Selain itu, penyerahan rekod ini juga turut mengikut peraturan dalam Dasar Pengurusan Rekod UiTM yang berkuat kuasa sejak 18 November 2020. Dasar tersebut menetapkan prinsip dan teras pengurusan rekod yang perlu dipatuhi oleh semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UiTM, termasuk Unit Arkib. Sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam perolehan rekod penting universiti, Unit Arkib Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka memastikan bahawa rekod-rekod ini dikendalikan dengan baik dan disimpan di tempat yang sesuai bagi memelihara nilai arkib universiti untuk rujukan di masa hadapan.

Related Articles

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443726
Emel: azniza180@uitm.edu.my