Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Peranan Jabatan Arkib Universiti (JAU) Melestarikan Sejarah UiTM

Pada 18 Ogos 2021, Jabatan Arkib Universiti (JAU) telah menganjurkan program Bicara Pakar bertemakan "Peranan Jabatan Arkib Universiti Melestarikan Sejarah UiTM". Program berlangsung dari pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari secara dalam talian melalui saluran YouTube dan Facebook Perpustakaan UiTM. Panel jemputan terdiri daripada En. Ahmad Amiri bin Mohamad, Timbalan Pustakawan Kanan Jabatan Arkib Universiti, dan Dr. Hanis Diyana binti Kamarudin, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Maklumat. Program ini dikendalikan oleh moderator Pn. Azniza Mohamad Nor, Pegawai Arkib Jabatan Arkib Universiti. Diskusi tersebut memberi fokus kepada kepentingan pemeliharaan sejarah institusi dan peranan arkib dalam memastikan rekod UiTM yang bernilai sejarah dapat dilindungi dan diwarisi. Program ini turut membuka ruang kepada warga UiTM untuk mendalami fungsi arkib sebagai penjaga memori institusi yang penting bagi rujukan masa depan.

For more information :

Related Articles