Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Perbincangan Antara Ketua Pustakawan dan Pendaftar UiTM Bagi Pengumpulan Maklumat Sejarah Penubuhan Dewan Latehan RIDA

Shah Alam, 29 Oktober 2024 – Satu sesi perbincangan antara Tn. Hj. Muhamad Nizam Noordin, Pendaftar UiTM dan Tn. Ts. Hj. Azizi Hj. Jantan, Ketua Pustakawan telah diadakan bagi membincangkan pengumpulan maklumat sejarah penubuhan Dewan Latehan RIDA. Dalam sesi ini, Bahagian Arkib Universiti (BARU) telah membuat pembentangan mengenai dokumentasi dan rekod awal penubuhan Dewan Latehan RIDA yang kini merupakan institusi asas dalam pembangunan pendidikan tinggi bumiputera di Malaysia.

Pembentangan ini menekankan betapa pentingnya rekod sejarah tersebut dalam membantu organisasi memahami perjalanan dan sumbangan institusi ini sejak zaman RIDA sehingga kini. Impak daripada pengumpulan maklumat dan dokumen ini bukan sahaja memperkukuhkan arkib UiTM tetapi juga memberi manfaat kepada kajian akademik, penyelidikan, dan meningkatkan kesedaran tentang sejarah UiTM sebagai institusi pendidikan yang terunggul. Pengumpulan maklumat ini juga diharap dapat memperkayakan sumber arkib untuk generasi masa depan dan memperkasakan identiti serta warisan universiti.

 

 

Related Articles