Pada 13 Oktober 2022, Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka telah berjaya menganjurkan Program Library Outreach: Pengurusan Rekod Universiti bersama Fakulti Perladangan dan Agroteknologi di Kampus Jasin. Program selama empat jam ini dikendalikan secara bersemuka dengan penyampaian oleh Cik Ilya Nur Fateen Othman, Pustakawan Unit Arkib PTAR UiTM Cawangan Melaka.
Fokus utama program adalah membantu fakulti menyusun fail dengan lebih sistematik. Program ini turut melibatkan 12 staf fakulti dan dua staf Unit Arkib PTAR. Pengisian program merangkumi pelbagai topik penting seperti pengenalan Unit Arkib UiTM, pengurusan rekod dan fail, pelantikan pengurus rekod, pelupusan rekod, pengurusan rekod kendiri PTJ, dan penerimaan rekod penting universiti.
Aktiviti lain termasuk pengeyahan benda asing bahan arkib, pendigitalan bahan arkib, serta pengenalan kepada repositori Khazanah Melayu dan e-Gallery UiTM. Selain itu, peserta turut melakukan lawatan ke bilik fail dan rekod bagi memahami pengurusan secara praktikal. Program ini berjaya meningkatkan kesedaran dan kemahiran peserta dalam menguruskan rekod universiti secara profesional.
Untuk maklumat lanjut :
Twitter: https://twitter.com/PTARMELAKA
Instagram: http://instagram.com/ptar_
Facebook: http://facebook.com/ptarmelaka
Telegram: https://t.me/ptarmelaka
Youtube: https://www.youtube.com/ptaruitm