Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Program Outreach: Kursus Pengurusan Dokumen & Surat Rasmi

Pada 2 Mac 2023 (Khamis), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Program Outreach: Kursus Pengurusan Dokumen & Surat Rasmi bersempena Program Pemantapan Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Sesi 2022/2023. Program ini berlangsung pada jam 2:00 petang bertempat di Smart Classroom, Aras 6, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya.

Program ini bertujuan memperkenalkan perkhidmatan Unit Arkib UiTM Melaka, memberi pendedahan tentang pengurusan rekod dari penawanan hingga pelupusan, serta membimbing penyediaan surat rasmi mengikut garis panduan Arkib Negara Malaysia dan UiTM.

Melalui taklimat ini, PTAR berusaha mempromosikan kesedaran terhadap kepentingan pengurusan rekod universiti yang wajar difahami oleh semua warga UiTM, khususnya pihak pengurusan tertinggi. Program ini diharap mampu menyokong usaha UiTM dalam memastikan dokumentasi dan pengurusan surat rasmi dilaksanakan dengan cekap dan selaras dengan piawaian yang ditetapkan.

 

For more information : 

Related Articles