Pada 2 Mac 2023 (Khamis), Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka telah dijemput sebagai penceramah bagi Program Outreach: Kursus Pengurusan Dokumen dan Surat Rasmi. Program ini dianjurkan sempena Program Pemantapan Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Melaka Sesi 2022/2023 dan berlangsung pada jam 2.00 petang di Smart Classroom, Aras 6, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya.
Taklimat ini telah disampaikan oleh panel penceramah Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustkawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Taklimat ini telah disertai oleh 19 orang pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Melaka daripada ketiga -tiga Kampus Alor Gajah, Bandaraya dan Jasin. Taklimat ini telah dikendalikan secara bersemuka selama 3 jam dan telah dibantu oleh Pembantu Pustakawan Kanan Puan Suzaimy binti Senin dan Puan Rabia binti Abu Bakar.
Taklimat ini bertujuan memperkenalkan perkhidmatan Unit Arkib UiTM Melaka kepada peserta, di samping memberi pendedahan tentang pengurusan rekod dari peringkat penawanan sehingga pelupusan rekod. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan panduan penyediaan surat rasmi berdasarkan garis panduan Arkib Negara Malaysia dan UiTM.
Program ini dirancang untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengurusan dokumen dan rekod yang cekap dan sistematik dalam kalangan pelajar. Dengan adanya program seperti ini, Unit Arkib berharap dapat menyokong usaha UiTM dalam memastikan pengurusan rekod dan dokumen rasmi dijalankan mengikut piawaian serta keperluan perundangan.
Semoga taklimat ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM terutama PTJ di bahagian pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Melaka.
Gambar sekitar Program Outreach: Pengurusan Dokumen dan Surat Rasmi