Pada 13 Julai 2023, Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka telah dijemput untuk mengadakan Taklimat Pelupusan Rekod bersama Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Taklimat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Kampus Jasin ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang pengurusan fail dan rekod dengan lebih terperinci, serta menggariskan kepentingan pelupusan rekod mengikut peraturan yang ditetapkan. Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah telah menjadi penceramah utama, dibantu oleh Encik Kamalrulamir bin Amat dan Encik Muhammad Izwan bin Ibrahim. Taklimat ini dihadiri oleh sembilan orang peserta dari pelbagai bahagian, termasuk wakil daripada Unit Hal Ehwal Islam, Pejabat Penolong Rektor, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Kolej, Pejabat Polis Bantuan dan Unit Kesihatan. Objektif utama taklimat adalah untuk memperkenalkan asas pengurusan rekod, memberikan pemahaman mengenai Akta Arkib Negara 2003, serta memastikan pengurusan rekod dilakukan secara sistematik dan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia. Diharapkan taklimat ini dapat meningkatkan kesedaran dan sokongan terhadap perkhidmatan Unit Arkib dalam pengurusan rekod di kalangan warga UiTM.