Pada 1 Jun 2023, PTAR UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Program Outreach: Taklimat Pengurusan Fail & Penyediaan Surat Rasmi bertempat di Kampus Alor Gajah. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan matlamat utama memperkenalkan perkhidmatan Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka, termasuk cara menguruskan rekod secara sistematik dari penawanan hingga pelupusan. Taklimat ini turut memberi penekanan kepada panduan penyediaan surat rasmi mengikut garis panduan Arkib Negara Malaysia dan UiTM.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengurusan rekod universiti yang sistematik, terutama dalam kalangan warga UiTM, khususnya PTJ di bahagian pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Melaka. Dengan penganjuran program ini, Unit Arkib berjaya mempromosikan perkhidmatannya sebagai rakan strategik dalam usaha memelihara dan menguruskan rekod dengan lebih berkesan. Aktiviti ini mencerminkan komitmen UiTM dalam memastikan pengurusan rekod universiti dipatuhi mengikut standard dan piawaian yang ditetapkan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:
WhatsApp Business Arkib: https://wa.me/6065582081
Twitter: https://twitter.com/PTARMELAKA
Instagram: http://instagram.com/ptar_
Facebook: http://facebook.com/ptarmelaka
Telegram: https://t.me/ptarmelaka
Youtube: https://www.youtube.com/ptaruitm