Pada 8 Mac 2023 (Rabu), Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka telah dijemput sebagai penceramah bagi Program Outreach: Pengurusan Rekod Universiti. Program ini berlangsung pada jam 9.00 pagi di Pejabat Polis Bantuan, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.
Taklimat ini telah disampaikan oleh panel penceramah Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustkawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Taklimat ini telah disertai oleh 5 orang dari Pejabat Polis Bantuan UiTM Cawangan Melaka daripada ketiga -tiga Kampus Alor Gajah, Bandaraya dan Jasin. Taklimat ini telah dikendalikan secara bersemuka selama 4 jam dan telah dibantu oleh Pembantu Pustakawan Puan Noorhafizah binti Azaman.
Objektif penganjuran taklimat ini adalah untuk memberi pemahaman asas mengenai pengurusan fail dan rekod secara teori, memperjelas tugas-tugas pengendalian fail, serta mendalami keperluan pengendalian rekod berdasarkan Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629] dan peruntukan perundangan lain yang berkaitan. Taklimat ini juga bertujuan melatih peserta melaksanakan sistem fail dengan sistematik mengikut piawaian serta prosedur yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia, selain mengaplikasikan proses pengurusan rekod dengan betul berdasarkan standard dan panduan yang ditetapkan.
Semoga taklimat ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM terutama PTJ di bahagian pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Melaka.
Gambar sekitar Program Outreach: Pengurusan Dokumen dan Surat Rasmi