Shah Alam, 22 Oktober 2024 – Bahagian Governan dan Sekretariat Universiti, Pejabat Pendaftar UiTM, telah berjaya menyerahkan sebanyak 207 rekod penting universiti kepada Bahagian Arkib Universiti.
Penyerahan rekod penting ini mencerminkan komitmen UiTM dalam memastikan pemeliharaan rekod yang bernilai sejarah dan strategik untuk kelangsungan institusi. Rekod-rekod ini akan disimpan dengan teliti dan diurus secara sistematik bagi tujuan rujukan masa depan serta penyelidikan.
Penyerahan ini amat penting kerana ia memperkukuhkan integriti institusi, sekaligus memastikan rekod-rekod utama dilindungi daripada risiko kehilangan atau kerosakan.
Pengurusan rekod yang berkesan bukan sahaja memenuhi piawaian undang-undang tetapi juga memperkasa pengurusan pengetahuan dalam universiti, menyokong pelaksanaan yang cekap dan berstruktur di masa hadapan