Sebagai sebahagian daripada Sambutan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat UiTM Cawangan Melaka 2024, Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Sesi Dialog Bersama Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka pada 11 Jun 2024. Sesi yang berlangsung dari jam 2.30 petang hingga 3.30 petang di Dewan Bendahara, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah ini terbuka kepada semua warga UiTM Cawangan Melaka.
Sesi dialog ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengurusan rekod universiti di kalangan warga UiTM, khususnya Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bahagian pengurusan tertinggi. Program ini memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi dan mendapatkan maklumat terus daripada pihak Arkib Negara Malaysia, sekaligus mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam usaha menyokong pengurusan rekod yang sistematik dan berkesan.
Acara ini berjaya menarik penyertaan ramai dan memperkukuhkan hubungan antara UiTM dan Arkib Negara Malaysia dalam memperkasakan pengurusan rekod yang berkualiti dan mampan.