Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Sesi Konsultasi, Khidmat Nasihat Pengurusan Rekod dan Penyerahan Rekod Penting Universiti

Unit Arkib UiTM Cawangan Johor yang diketuai oleh Puan Siti Rozana binti Mat Sanat, Pustakawan Kanan telah melaksanakan semakan rekod di Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Johor. Bahagian Pentadbiran berhasrat untuk membuat permohonan pelupusan rekod meliputi nota-nota serta laporan berkaitan latihan.
 
Semasa proses semakan rekod didapati terdapat rekod penting universiti seperti Buku Konvokesyen, pamplet berkaitan UiTM Cawangan Johor, Direktori UiTM dan lain-lain. PTJ dinasihatkan untuk membuat penyerahan rekod penting universiti kepada Unit Arkib Cawangan Johor.
 
Diharap dengan sesi ini memberi pencerahan kepada PTJ sebelum pelaksanaan pelupusan. Turut serta semasa sesi tersebut adalah 4 pelajar latihan industri Saudara Muhamad Syafiq, Saudari Nur Afiqah, Saudari NurNabilah Fasihah dan Saudari Siti Nurhidayah.

Sesi konsultasi telah berlangsung seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 26 September 2022 (Isnin)
Tempat : Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Johor

 

Konsultaasi bersama Bahagian Pentadbiran

 

Semakan rekod penting bagi penyerahan kepada pihak UAC

 

Konsultasi bersama Bahagian Pentadbiran berserta pelajar praktikal

 

Penerangan berkaitan pelupusan nota latihan

Related Articles