Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Sesi Kunjungan Hormat IMPAK ke Jabatan Arkib UiTM

Sesi Kunjungan Hormat IMPAK ke Jabatan Arkib UiTM

 

Tarikh    : 12 Julai 2024  (Jumaat)

Lokasi   : Jabatan Arkib Universiti

                 Perpustakaan Tun Abdul Razak

 
Sesi Kunjungan Hormat IMPAK ke Arkib UiTM yang diketuai oleh Pengarah IMPAK, Dr. Khairudin Murad, bersama para pegawai iaitu Puan Umaimah Kamarulzaman, En Rahman Naim Mat Ali dan En Hussein Harnis dan En. Mohd Shahril Zamri. Manakala Arkib UiTM telah diketuai oleh En Ahamad Zuber Mohamed dan pegawai, Mohd Alfarabie Mohd Nasir.
 
Dr. Khairudin Murad selaku Pengarah IMPAK telah menyampaikan matlamat dan tujuan kunjungan hormat untuk membincangkan hala tuju hubungan kerjasama antara IMPAK dengan pihak Arkib UiTM. Pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk perancangan awal untuk kedua-dua pihak menerusi pelaksanaan program dan kempen 25 tahun UiTM sebagai sebuah universiti yang akan dijalankan oleh IMPAK dengan kerjasama daripada pihak Arkib dan beberapa agensi yang lain.
 
Semasa kunjungan , pihak Arkib telah memberi taklimat berkenaan dengan prosedur serta langkah bagi penggunaan bahan-bahan manuskrip, gambar -gambar dan juga dokumen lama yang boleh digunakan bagi tujuan pelaksanaan kandungan program dan juga kempen 25 tahun UiTM sebagai sebuah universiti yang akan dijalankan oleh pihak IMPAK. Semoga jalinan kerjasama ini akan terus melestari bagi pembangunan dan pendidikan anak bangsa kita.
 
 
 
Disertakan gambar sekitar sesi tersebut berlangsung :
 
 
 
 
 
 
 

Related Articles

Hubungi

Bahagian Arkib Universiti (BARU)
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Blok F, Kompleks Kenanga,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. Malaysia
Telefon: 03-55443726
Emel: azniza180@uitm.edu.my