Shah Alam, 22 Oktober 2024 Bahagian Arkib Universiti (BARU) telah mengadakan sesi perbincangan bersama pihak Chief Government Security Officer (CGSO) Selangor yang diwakili oleh YBrs. Puan Nurul Adha binti Yahaya (Timbalan Pengarah) dan Encik Noor Hanizam Bin Baharudin (Penolong Pegawai Keselamatan) bertujuan untuk membincangkan tatacara pengurusan rahsia rasmi dan lantikan pengurus rekod mengikut ketetapan Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017)
Sesi ini disertai oleh pegawai dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). Semoga ilmu yang diperolehi dapat di manfaatkan bagi memperkasa pengurusan rekod di UiTM